KATA NASIHAT

"Usah dipinta hidup yang mudah, tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya"

Saturday, August 8, 2015

ATASI SIFAT MALAS.


Malas merupakan salah satu sikap yang memang ada dalam diri manusia. Sikap malas lah yang membuatkan seseorang malas berusaha dan tidak mengendahkan masa hadapan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang menjadi malas iaitu:
§  Senang dengan keadaan sekarang
§  Kurang motivasi diri
§  Terpengaruh oleh orang lain
§  Kurang dorongan diberikan
§  Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal
§  Tubuh letih
Untuk menjadi orang yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan gantikan dengan cara hidup baru. Orang malas selalu nya akan rugi oleh itu adakah kita mahu tergolong dalam orang yang rugi itu?
Berikut merupakan cara mengatasi masalah malas:
§  Mendekatkan diri dengan tuhan agar terhindar daripada hasutan syaitan
§  Banyakkan membaca buku atau kisah motivasi
§  Tanamkan sikap positif
§  Ingat akan tanggungjawab kepada diri dan keluarga
§  Tetapkan matlamat hidup
§  Mengambil makanan yang menyalurkan vitamin kepada tubuh
§  Selalu berfikir kesan sikap malas

Jadi, maksudnya sikap malas tidak akan mendatangkan faedah kepada kita dan ia hanya menyebabkan kita kerugian. Apa yang kita rugi? Kita telah rugi masa, tenaga yang tak dicurahkan, peluang yang seharusnya kita dapat, rezeki yang sepatutnya kita perolehi.

DOA HINDARI SIFAT MALAS

Friday, August 7, 2015

SABAR DALAM PEJUANGAN

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran dalam menempuhi ujian. Sebab kesabaran adalah nafas pertama yang menentukan tempoh masa sesebuah keberanian yang bertahan dalam diri seseorang itu dalam menharungi ujian.
Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.”
( surah al-Anfaal ayat 65)
UJIAN
Kebanyakan orang berani tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan beban yang mendatang.
Kebanyakan orang yang meniaga tidak mengakhiri hidup sebagai orang yang berjaya dalam perniaggaan. Kerana mereka gagal menahan ujian sabar yang mendatang.
Kebanyakan orang yang berjuang dalam agama tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pejuang agama. Kerana mereka gagal menahan ujian sabar yang mendatang.
Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup.
Mereka yang memiliki sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar.“Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).
Tetapi kesabaran itu pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu.
Dan begitulah suatu masa Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).
Jadi, yang pahit dari kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan kekebalan pada ujian selanjutnya.
 Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?
ISTIQAMAH DALAM PEJUANGAN...

Thursday, August 6, 2015

KELEBIHAN SEDEKAH




Membersihkan dan menyucikan pelakunya

Allah swt, berfirman  : “ambilah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya , doa kamu itu (menjadi) ketenteraman bagi jiwa mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui: (QS At-Taubah [9] : 103)



Yang di maksudkan dengan membersihkan dalam ayat diatas adalah membersihkan diri dari kekiran dan cinta yang berlebihan terhadap harta. Sedangkan yang dimaksudkan menyucikan adalah menyuburkan sifat-sifat kebaikan dalam hati si pelaku serta mengembangkan hartanya.
Rasulullah Saw. Pernah menasiati para pedagang untu senantiasa bersedekah. Kerana , dalam jual beli itu ada unsure kebohongan , kecurangan dan sumpah palsu. Maka, bersedekahlah untuk membersihkannya ( HR Ahmad, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Wednesday, August 5, 2015

APA ITU NLP ( NEURO LINGUSTIC PROGRAMING).

Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling) corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.

Hari ini teknologi yang amat terkini ini telah membantu jutaan manusia diseluruh dunia dalam kehidupan dan apa jua yang mereka lakukan termasuklah kerjaya, hubungan komunikasi, keluarga, kerjaya, pendidikan, pemasaran dan jualan, kaunseling dan terapi, latihan dan pembangunan insan.
 

Sejarah NLP
NLP memulakan sejarahnya di Universiti California Santa Cruz pada pertengahan tahun 1970'an oleh Richard Bandler seorang pelajar sarjana dalam matematik / komputer dan psikologi dan Dr. John Grinder seorang pensyarah bahasa di universiti tersebut. Pada awalnya mereka melakukan tiga pencontohan ke atas individu yang cemerlang dalam bidang masing-masing iaitu Milton Erickson (seorang pengamal perubatan dan pakar hipnosis), Virginia Satir (pakar terapi keluarga), dan Fritz Pearls (pakar psikologi gestalt).
Definisi NLP

Pendekatan mereka adalah pragmatik dan berorientasikan hasil dari berteori sahaja. Richard Bandler menyifatkan NLP sebagai satu proses untuk membantu manusia menggunakan otak mereka dengan lebih berkesan  itu menjalankan otak mereka dari membiarkan otak menjalankan mereka.
Pakar-pakar dan pemaju NLP mentakrifkan NLP mengikut pandangan perspektif mereka masing-masing:

  • “NLP adalah satu sikap dan kaedah yang meninggalkan jejak di belakangnya” .......... Richard Bandler.
  • NLP adalah strategi pembelajaran pantas (accelerated learning strategy) untuk menjejaki dan menggunakan corak-corak didalam dunia .......... John Grinder.
  • “NLP adalah apa juga yang dapat menjayakan sesuatu” .... Robert Dilts. 

Tuesday, August 4, 2015

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat .




NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

 1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
 
 2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

 5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

 Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. 


Shared by Azhar Ramlee C.NLP.

Monday, August 3, 2015

MENGAPA DOA KITA TIDAK DITERIMA.

Ibrahim Adham pernah ditanya, “Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan , sedangkan ALLAH S.W.T telah mejanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?” 

Jawab Ibrahim Adham, “Sebab hati kamu telah mati!” Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim tadi, lantas bertanya lagi, “Apa yang menyebabkan hati kami mati?” Jawab Ibrahim Adham , “ kerana lapan perkara... 

1) Kamu mengetahui hak ALLAH S.W.T tetapi kamu tidak melaksanakannya. 
2) Kamu baca al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya. 
3) Kamu katakana kamu cinta kepada Rasullah S.A.W 
4) Kamu katakana kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap-siap menuju alam kubur. 
5) ALLAH mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan ia sebagai musuh , tetapi kamu masih lagi membuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan . 
6) Kamu katakana kamu takut akan api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu ke dalamnya . 
7) Kamu katakan kamu sukakan syurga tetapi kamu tidak berusaha supaya masuk ke dalamnya. 
8) Kamu bangkit dari tempat tidur lalu kamuu sembunyikan aib – aib kamu sedang aib - aib kamu bentangkan dihadapan kamu .

 “Kamu telah memusuhi Tuhan dan Pencipta kamu sendiri , maka bagaimana mungkin Dia memperkenankan doa kamu?”