Tidak ada keberanian
yang sempurna tanpa kesabaran dalam menempuhi ujian. Sebab kesabaran adalah
nafas pertama yang menentukan tempoh masa sesebuah keberanian yang bertahan dalam diri seseorang itu dalam
menharungi ujian.
Jika ada di antara kamu dua puluh orang
penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di
antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu
orang kafir.”
( surah al-Anfaal ayat 65)
UJIAN
Kebanyakan orang berani tidak
mengakhiri hidup sebagai seorang yang pemberani. Kerana mereka gagal menahan
beban yang mendatang.
Kebanyakan orang yang
meniaga tidak mengakhiri hidup sebagai orang yang berjaya dalam perniaggaan. Kerana
mereka gagal menahan ujian sabar yang mendatang.
Kebanyakan orang yang
berjuang dalam agama tidak mengakhiri hidup sebagai seorang yang pejuang agama.
Kerana mereka gagal menahan ujian sabar yang mendatang.
Kesabaran adalah daya
tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat
apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup.
Mereka yang memiliki
sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar.“Dan Kami jadikan di
antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah
Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).
Tetapi kesabaran itu
pahit. Semua kita tahu begitulah rasanya kesabaran itu.
Dan begitulah suatu masa
Rasulullah saw mengatakan kepada seorang wanita yang sedang menangisi kematian
anaknya: “Sesungguhnya kesabaran itu hanya pada ujian pertama.” (Bukhari dan Muslim).
Jadi, yang pahit dari
kesabaran itu hanya permulaannya. Kesabaran pada ujian pertama menciptakan
kekebalan pada ujian selanjutnya.
Allah tak pernah
janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan,
kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.
Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam
ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru
kita rasakan setelah turunnya hujan?
ISTIQAMAH DALAM PEJUANGAN...
No comments:
Post a Comment