Malas merupakan salah satu sikap yang memang ada
dalam diri manusia. Sikap malas lah yang membuatkan seseorang malas berusaha
dan tidak mengendahkan masa hadapan. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan
seseorang menjadi malas iaitu:
§ Senang dengan keadaan sekarang
§ Kurang motivasi diri
§ Terpengaruh oleh orang lain
§ Kurang dorongan diberikan
§ Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal
§ Tubuh letih
Untuk menjadi orang
yang berjaya, sikap malas tersebut harus dibuang dan gantikan dengan cara hidup
baru. Orang malas selalu nya akan rugi oleh itu adakah kita mahu tergolong
dalam orang yang rugi itu?
Berikut merupakan cara
mengatasi masalah malas:
§ Banyakkan membaca buku atau kisah motivasi
§ Tanamkan sikap positif
§ Ingat akan tanggungjawab kepada diri dan
keluarga
§ Tetapkan matlamat hidup
§ Mengambil makanan yang menyalurkan vitamin kepada tubuh
§ Selalu berfikir kesan sikap malas
Jadi, maksudnya sikap
malas tidak akan mendatangkan faedah kepada kita dan ia hanya menyebabkan kita
kerugian. Apa yang kita rugi? Kita telah rugi masa, tenaga yang tak dicurahkan,
peluang yang seharusnya kita dapat, rezeki yang sepatutnya kita perolehi.
DOA HINDARI SIFAT MALAS
No comments:
Post a Comment